12 TIPS MEMILIH MESIN PENAPIS AIR TERBAIK UNTUK KEDIAMAN ~ Zaini Coway

Vcita

12 TIPS MEMILIH MESIN PENAPIS AIR TERBAIK UNTUK KEDIAMAN



Assalamualaikum dan salam sejahtera. 



Kebelakangan ni, kat facebook, instagram banyak nampak iklan pasal penapis air. Betul tak? Masing-masing kata produk meraka lah yang terbaik didunia. Hehe.. 


Ok, saya bukan nak kondem mana-mana company. Just nak share hasil pembacaaan kat blog kawan-kawan. Sebab saya pun tengah survey penapis air ni.. nak bagi kat mak. 


So, hasil pembacaan dan kajian saya, bolehlah dirumuskan 12 TIPS memilih mesin penapis air untuk diletakkan di kediaman kita. 


Tapi, ini kajian saya selepas membaca je. Bukan masuk makmal tau.. Awal-awal ni saya ingin memohon maaf jika rumusan saya ni salah. 


Tapi rasanya dah betul kot..




1. Mempunyai Pensijilan NSF


Kalau kat Malaysia, produk elektrik menggunakan pensijilan daripada Sirim sebagai bukti bahawa produk ini telah diuji dan selamat. Produk penapis air pun ada pensijilannya sendiri dan pensijilan dilakukan oleh NSF (National Sanitation Foundation) dari US. 

Apa yang mereka buat adalah mereka uji setiap produk penapis air yang ada di pasaran bagi memastikan produk itu menepati piawaian yang ditetapkan. Produk penapis air yang berkualiti harus mempunyai pensijilan NSF. Kalau takde, elakkan. 








2. Mempunyai Pensijilan Dari WQA 


WQA atau nama panjangnya Water Quality Association adalah satu badan antarabangsa yang tugasnya untuk menguji air daripada penapis air seluruh dunia samada selamat diminum atau tidak







3. Mendapat Kelulusan Halal Dari JAKIM 

Pastikan produk yang anda pilih tu ada Pensijilan dari Halal Jakim. Bukan dari luar negara. 

Tapi kenapa perlu Halal? 

Sebab, risau bahan yang digunakan untuk buat filter tu bercampur aduk.Kan pernah dengar cerita suatu masa dulu. 









4. Kaji latar belakang syarikat 


Eh, susahlah nak kaji. Bukan reti pun.. Emm cara saya, Tanya lah dekat penjual tu. Lepas tu kita bandingkan dengan syarikat-syarikat yang lain. 

Tengok lah pencapaian sama.. ada award dari mana-mana organisasi ke, masuk bursa saham ke. Kan? 



5. Teknologi Yang Digunakan 

Ya, sekarang banyak teknologi. Reverse Osmosis, Mineral dan Alkali. 

Kalau kat US depa banyak guna Reverse Osmosis, Korea pun sama. Sebab air yang dihasilkan tu betul-betul tulen (H2O). 

Tapi mineral dan alkali pun ok. Try la Tanya ejen yang korang nak beli tu. 


Ps: saya pilih RO.. rasa konfiden lebih sikt. Hehe 



6. Jaminan Dari Syarikat 

Yang ni kena cek betul-betul. Ada bagi 18 bulan, 24 bulan dan ada sampai 5 tahun. 

Apa yang dijaminkan tu kena Tanya ejen-ejen tu. Kalau boleh dapatkan hitam putih lagi elok. Simpan dalam fail. 




7. Ketahanan Produk 

Yang ni biasa dalam website syarikat company yang jual tu ada. Saya pernah tengak kat 1 website tu.. ujian ketahanan dibuat 1,000,000 kali. Ya, 1 juta kali! Try la servey.. 



8. Harga 


Yang ni memang tak dinafikan.. Yang mahal biasanya akan lebih elok. Tapi.. kesahihannya saya tak pasti. 

Cuma, kalau nak beli tu try tgk kot-kot ada buat promosi. Ambik cepat-cepat time tu.. 

Company besar biasanya akan selalu buat promosi. Pastika anda peka terhadap benda tu ya! 


9. Servis Selepas Jualan (After sales servis) 

Yang ni, sangat-sangat penting. Pernah saya guna penapis sekali tu. Beli lepas tu tak tau apa dah. Ejen hilang..Nak tukar filter time bila pun tak tau. 

Ada jugak..beli lepastu setahu berlalu.. kita yang kena call Tanya. Baru diorang datang tukar. 

Ada yang bagus tu bagus sangat sampai 2 bulan sekali datang jengok. Tapi yang penting.. servey dulu. 



10. Pakej Bayaran 


Seperti biasa, ada pilihan bayaran sama ada sekali bayar atau secara ansuran. 

Jika sekali bayar biasanya akan ada bayaran setiap kali servis dilakukan manakala secara ansuran pula biasanya telah termasuk sekali kos servis selama tempoh bayaran. 



11. Design 

Ada pelbagai pilihan mesin dan cantik-cantik serta moden design nya. Ada pilihan sama ada nak letak atas meja atau berdiri di lantai... namun ketahui juga ia berbeza kuantiti simpanan airnya. Jika untuk kegunaan ramai dan cepat, Mesin berdiri di lantai lebih sesuai kerana tangkinya lebih besar.

Pilihan mesin juga perlu mengikut keperluan sama ada mahukan air panas, sejuk, suam atau air biasa. Ada yang beri dua pilihan, tiga dan empat. Maka pilihlah mesin yang dapat memenuhi kehendak anda. 



12. Pengunaan Elektrik

Semak penggunaan elektrik bagi setiap mesin. Purata penggunaan elektrik bagi sebuah mesin penapis air yang elok adalah dalam lingkungan RM7 - RM10.

Ia bergantung pada KWH setiap mesin ya.








Lagi 1.. Jangan lupa minta hadiah dari ejen yang anda berurusan ya. Tapi janganlah sampai membebankan mereka.. Mereka pun ada anak bini nak bagi makan. Saja nak seronok-seronok dan merapatkan ukhwah. 



Ok, tu je yang saya nak kongsikan. Kalau bermanfaat, share la kat kawan-kawan ya. Tq!!

6 comments:

  1. Penapis Air Cuckoo

    ✅ Pendaftaran PERCUMA
    ✅ Penghantaran PERCUMA
    ✅ Pemasangan PERCUMA
    ✅ WARRANTY selama 5 tahun. wahh!
    ✅ Servis setiap 4 bulan PERCUMA selama 5tahun
    ✅ Penyelenggaraan setiap 4 bulan PERCUMA selama 5tahun
    ✅ Penukaran Filter setiap 4 bulan PERCUMA selama 5tahun
    ✅ Penukaran alat ganti PERCUMA selama 5tahun

    klik sini : https://store.cuckoo.com.my/estore/asmuie/

    ReplyDelete
  2. Tips yg sgt membantu. Kpd sesiapa yg yg ingin mencuba produk aqua kent, boleh tgk blog ni
    https://nurizzatimohdsaleh.blogspot.com/2022/05/%20Best%20Water%20Dispenser%20in%20Malaysia.html

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. here are some tips that can be used before buying any tankless water filter https://www.blogger.com/.../111118349.../1960438865935482888

    ReplyDelete
  5. good tips and content sharing from author. for those who want to get some info about the top water filter filter in malaysia, can check this article. https://cleteomichael.blogspot.com/2022/08/top-4-penapis-air-di-malaysia.html

    ReplyDelete
  6. Terima kasih diatas perkongsian tips yang sangat membantu. Tips ni sangat penting bagi mana2 yang tengah survey penapis air. Boleh baca atau rujuk artikel ni juga https://fazillahasyikin.blogspot.com/2022/06/how-to-choose-right-water-filter-in.html

    ReplyDelete