AIR YANG LEBIH SIHAT ~ Zaini Coway

Vcita

AIR YANG LEBIH SIHAT





Kualiti kehidupan itu sendiri adalah lebih penting dari kehidupan itu sendiri - Alexis Carrel.

Apakah antara contoh kehidupan yang lebih berkualiti? 

Apabila anda mendapat jaminan air yang anda minum adalah air yang baik untuk anda.

Ada apa dengan air? Kenapa air itu sangat penting dalam kehidupan kita?

Jom baca fakta-fakta menarik tentang AIR...

1. 70% penyumbang kepada berat badan manusia adalah air!
2. Kira-kira 80% dari tisu-tisu dalam otak kita ni diperbuat dari bahan apa, ya, air!
3. Purata jumlah air yang seorang lelaki dewasa perlu minum dalam sehari ialah 13 cawan
    dan untuk wanita dewasa pula ialah 9 cawan air.
4. Tahu tak? Untuk setiap kali kita merasa dahaga, sebenarnya jumlah air dalam badan kita
    akan kurang sebanyak 1%. 
5. Walaupun 70% dari berat badan manusia itu ialah air, tapi kalau kita nak jaga berat
    badan, kena sentiasa minum air. Kenapa? Sebab air meningkatkan kadar metabolisma
    tubuh lalu kita dapat membakar kalori dengan lebih cepat dan mudah.
6. Seorang manusia biasa boleh bertahan selama sebulan tanpa makanan, tetapi kita boleh
    hidup dengan hanya seminggu saja tanpa minum air!
7. Minum air yang banyak dapat membersihkan toksin dalam badan dan apabila toksin yang
    melekat pada dinding organ-organ dalaman kita tu berkurang, maka dapat
    mengurangkan risiko kita mendapat penyakit jantung dan juga kanser.
8. Apabila kita cukup minum air, gigi kita lebih bersih dan senyuman pun lebih manis.
    Kenapa agak-agak? Sebab air yang kita minum akan menghasilkan lebih air liur di ruang
    mulut, jadikan nafas kita kurang berbau dan gigi kita lebih bersih. SENYUM!

Adakah anda tahu, kebiasaannya kita akan ada 2 cara mendapatkan air yang sihat untuk diminum di rumah :-
1. Air yang disuling (atau dimasak) - Distilled Water
2. Air yang ditapis - Purified Water

Kenapa saya guna istilah, air yang sihat? Air yang sihat bermakna air yang selamat untuk kita minum... :)

Antara 2 cara ini, apakah cara mendapatkan air yang lebih sihat berbanding yang lainnya?

Air yang disuling (distilled water) - secara ringkasnya ialah proses mendapatkan air yang sihat dengan proses penyulingan. Air tersebut akan dipanaskan hingga mencapai satu suhu untuk membuang bahan-bahan asing seperti mineral tidak berorganik, logam dan lain-lain. Kita belajar dari zaman sekolah dulu, takat boiling point air masak adalah pada 100'C, tetapi tahukah anda, takat suhu bahan-bahan asing ini untuk betul-betul cair lebih tinggi berbanding 100:C, maknanya apa di sini? Air yang dimasak tidak betul-betul memusnahkan bahan-bahan asing dalam air tersebut. Haaa......

Air yang ditapis (purified water) - Air yang ditapis dari aspek ini tidak sama dengan air yang sekadar ditapis (filtered water), jangan konfius ya! Air ditapis (purified water) ini ialah air yang menjalani proses purifikasi yang direka untuk menghapuskan segala jenis benda asing dalam sumber air kita. Apabila air menjalani proses purifikasi yang sempurna, lebih 99.5% dari benda-benda asing dalam sumber air akan terhapus, tidak kira dari mana pun sumber air yang kita dapat. 

Jadi apa kesimpulan yang saya cuba sampaikan di sini? Dalam perbandingan ini, kita dapat lihat antara DISTILLED WATER, FILTERED WATER dan PURIFIED WATER, PURIFIED WATER ialah pilihan terbaik anda untuk air yang lebih sihat yang akan membawa kepada...

Gaya Hidup yang lebih sihat, Gaya Hidup yang lebih berkualiti!

Satu lagi persoalan... KENAPA COWAY?

Sejak dari awal penubuhan COWAY, pengasasnya mengimpi untuk menghasilkan produk-produk yang dapat menambah baik kualiti alam sekitar kita dan juga pada masa yang sama gaya hidup kita semua. Jadi mereka bertahun-tahun membuat pelbagai kajian untuk menghasilkan produk-produk yang benar-benar berkualiti sehingga mereka layak digelar PAKAR AIR. Murni tak usaha mereka?

EXPLORE COWAY, TO A BETTER LIFESTYLE

Sila Hubungi saya, Zaini COWAY, PERANCANG KESIHATAN COWAY anda. 

+6012 - 983 6058


0 comments:

Post a Comment